Thursday, August 1, 2013

Ciri-ciri Tamadun Indus

Ciri-ciri Tamadun Indus
Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Petempatan kekal yang wujud di lembah ini   telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tombok. Bahagian utama merupakann pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasakan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

        Berbeza daripada tamadun Mesopotamia dan mesir Purba, tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya. Jumpaan arkaelogi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam megawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.

     Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.


Patnug Raja Pendeta di Mohenjo-Daro
      Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamdun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. Antara hasil perdangangan yang penting termasuklah emas, gading gajah,manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. selain manjadi petani dan dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

       Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patug dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Antara yag paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yangdirujuk sebagai patung proto-Siva. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. Selain daripada itu, masayarkat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dalam Palestin.
                   
                    Vishnu                                                proto-siva

Piktograf
  Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.











No comments:

Post a Comment