Thursday, August 1, 2013

Tamadun India

Tamadun Indus

Lokasi
Tamadun Indus ialah tamadun terawal di India.Tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus.Sungai ini berpunce dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.Tamadun Indus ini juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.Tamadun Indus terletak di bahagian barat laut India.

    Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran,Pergunungan Baluchistan,Punjab dan Rajasthan di bahagian timur,serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
Informasi ekstra tentang Tamadun Indus

Kerangka Masa
Tamadun Indus telah muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M. Sehingga hari ini masih belum jelas faktor yang menyebabkan kehancuran tamadun ini.Antara pendapat yang dikemukakan ialah tamadun Indus
-mengalami kehancuran serangan orang Aryan
-bencana alam seperti banjir,kemarau dan gempa bumi

Proses Pembentukan
Di bahagian barat laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu hidup berpindah-ranah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan. Penduduk ini  kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus yang bukan sahaja menyediakan sumber air tetapi juga telah dapat menyuburkan tanah. Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada perkembangan bandar. Dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.Manakala Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan yang penting.


                                                   


No comments:

Post a Comment